sayang korang...

Tuesday, September 6, 2011

surat untuk awak

Assalammualaikum..


     Awak apa khabar?? saya harap awak sihat dan pasti tengah gembira dengan family, dan lebih2 lagi bila dah bersama dengan orang teristimewa yang awak sayang sangat2 tu. saya di sini Alhamdulillah sihat walafiat, walaupun ada selesema dan batuk sikit, sedikit pun tak menganggu saya untuk menaipkan surat ni untuk awak.dan jugak, meskipun saya memang sedia sedar bahawa awak tak kan dapat baca surat saya ni sebab awak sah-sah tak buka blog saya, sebab saya rasa awak tak pernah buka walaupun saya berkali-kali dah bagi link waktu chat d facebook dulu, apa tah lagi nak follow kan? hehe tapi tak apa lah saya tak paksa awak pun, saya cuma nak awak tahu je..

     awak.. saya nak minta maaf jika semasa kita berkenalan dan berkawan dalam masa yang singkat ni saya ada menyakiti hati awak..betul wak, saya minta maaf, saya tak pernah berniat tuk sakitkan hati awak, masakan saya mau sakitkan orang yang saya sayangi, umpama mengerat tangan sendiri sakitnya. awak ada cakap yang saya ni cepat marah, kita ni tak sehaluan, ada je perbuatan saya yang salah di mata awak, dan ada je perbuatan awak salah di mata saya, dan macam-macam lah yang bagi awak, memang awak tak suka. 


     awak, saya cepat marah kat awak bukan sebab saya tak boleh tolerate, bukan saya seorang demand, mahupun particular about everything, tapi awak salah tafsir tentang maksud yang saya sampaikan, awak terlalu sensitif dalam keegoaan awak, sampai apa yang saya cuba perbetulkan tentang sesuatu keadaan awak anggap saya sukar dikawal, suka memberontak..awak tahu tak saya dah cuba sedaya upaya, mengingati perbendaharaan bahasa melayu saya yang dah hampir 4 tahun saya tinggalkan sewaktu spm dulu, untuk mengatakan selembut mungkin apa yang saya rasakan, tapi awak tetap berburuk sangka terhadap saya. saya terkilan awak..demi menjaga hati awak, saya tak kisah untuk berkecil hati supaya awak gembira, meskipun saya dah tahu suatu hari nanti saya pasti akan menyesal dengan tindakan saya tu. 


     awak, awak tahu tak, bila saya melihat ke dalam diri awak, saya nampak bayangan diri saya pada diri awak tau! serius saya cakap perangai kita sebiji wak. sebab tu saya tambah berkenan kat awak, lagi pula awak pun tinggal tak jauh sangat dari kita, senang nak aturkan balik raya nanti, hehehe melalut pula saya ni awak.awak tegas orangnya, dan sangat manja, saya suka la semua tentang awak. sebelum balik cuti hari tu, saya ada beli sepasang dress tau! warna putih dengan corak bunga-bunga, saya dah plan nak pakai tu waktu jumpa awak nanti, kita kan dah janji nak jumpa bila saya balik nanti, saya nak nampak ayu dan cantik di mata awak tapi ada je halangan waktu cuti raya tu awak, kita tak dapat jumpa, tak pe lah saya anggap ada hikmah di sebalik semua tu awak..


     raya kedua tu wak ada bagitau, awak beraya g rumah ex awak. saya buat cool sedangkan dalam hati saya dah tak keruan. memang saya tau, dalam hati awak, awak sangat sayangkan ex awak.dari awal lagi, waktu kita mula berkawan semula saya dah agak, kenapa awak hadir semula dalam hidup saya, dan memohon maaf dengan saya, adalah kerana awak dah berpisah dengan dia. dan awak kerapkali mengatakan jangan berharap dengan awak, kerana awak masih sayangkan ex awak, saya faham itu wak, tapi apa saya boleh buat rasa sayang saya masih kuat terhadap awak! dan akhirnya tanggapan saya selama ini menjadi kenyataan, awak dah kembali dengan dia. saya hanya mampu mengucapkan tahniah wak, lagipula family awak dah dia memang dah kenal, maksudnya dah dapat approval la tu.awak berkali-kali minta maaf dengan saya, saya nak maafkan awak pasal apa?? awak tak ada salah pun, kita jadi mangsa keadaan je wak.


     tak mengapalah la awak, saya tetap hormati keputusan awak, saya pun faham perasaan awak, yelah bila dah sayangkan seseorang sangat2, tentu saja kita nak bersama2 dia kan. saya minta maaf, saya memang tak boleh beri awak kegembiraan macammana awak gembira oleh dia. kebahagiaan awak berada dengan dia. lagipun keluarga kamu dah rapat, senang dah cerita kamu nanti wak, hehe..

     saya tau saya cakap-cakap kosong je kat dalam blog ni awak, 100% saya yakin bahawa awak tak kan pernah terbaca isi hati saya ni..awak, saya akan pergi dari hidup awak, bukan bermaksud saya berdendam dengan awak, cuma beri lah saya ruang untuk menenangkan diri saya. saya tetap sayangkan awak, tak apalah jika kita tak dapat bersama pun, saya doakan awak sentiasa bahagia dari jauh..

jaga diri awak....

assalammualaikum warrahmatullah..








3 comments:

  1. Selamat Hari Raya Mohon Maaf Lahir Batin

    ReplyDelete
  2. :(
    things happen for a reason darl..
    b strong as a storm..
    b good to others n u'll get it back in return.. insyaAllah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...