sayang korang...

Tuesday, February 15, 2011

bebelan aku..lalalala...

tahun ni tahun akhir aku dalam dip. kejururawatan...Alhamdulillah sampai dah d peringkat ni....sangat2 bersyukur kerana diberikan rezeki oleh Allah dalam bidang ni....n memandangkan aku berkursus di bawah biayaan Kementerian Kesihatan Malaysia,selesai jak kursus 3 tahun ni,secara automatik kami akan diserap bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia,yang penting kerja dengan government.. Alhamdulillah...



pada mulanya aku memang tak terfikir pun tuk jadi nurse ni..tapi memang keinginan aku adalah lebih cenderung ke arah perubatan,sejak dari bangku sekolah lagi...entahlah,aku suka tengok orang yang sakit sembuh..lebih2 lagi jika kita yang menjaga orang yang sakit tu,kita dapat lihat progress pesakit tersebut n pesakit tu akhirnya dapat sembuh dari penyakitnya dengan izinNya...it was a feeling that cannot be described :)



minat aku kepada bidang perubatan juga mungkin dipengaruhi oleh rancangan2 perubatan yang disiarkan (TV pun ada influence yang baik tau) seperti medik tv,grey;s anatomy,house, ER n CSI (csi ada la sikit,hehe)..
ramai beranggapan kerja d bahagian perubatan ni perlukan semangat yang kuat,sebab ada kerat2 orang belah2 orang (heee),tengok darah,tengok luka2 yang teruk,dsb laa...tapi bagi aku macam teda jak tu...syukur juga la aku ni bukan la type orang yang "penggeli"..hehe tengok ada jugak lelaki yang takut darah tu,hahaha ikut sendiri la kan...

dah 2 tahun aku bergelar JURURAWAT PELATIH...banyak suka duka dalam proses pembelajaran untuk menjadi JURURAWAT TRELATIH ni....n ada jugak lah sedikit sebanyak pengalaman yang aku dapat kutip sendiri melalui sesi praktikal di wad2 dan klinik2..n banyak ragam manusia aku telah lihat dan sedikit sebanyak dapat menjadi tauladan pada aku sendiri...lebih2 lagi bila menguruskan pesakit yang tenat oleh kerana penyakit dan komplikasi kepada penyakit yang dialaminya,sedih aku tengok keadaan camtu...dengan tu aku boleh amik iktibar untuk menjaga diri aku sendiri dan parents aku..


ada jugak saudara pernah bertanya, kamu praktikal tu ada la jugak kena suruh jaga bilik mayat?? sebab ada mitos kononnya setiap pelatih dalam bidang perubatan diwajibkan untuk menjaga bilik mayat untuk 1 malam...pelik pulak aku dengar, sebab dalam kurikulum kami tak da pulak menyatakan untuk menjaga bilik mayat..ahahahah..tapi pengalaman mengurus mayat tu memang ada la..sebab semester 1 lagi kami diwajibkan untuk melakuka prosedur Last Office(L.O) iaitu mengurus mayat dalam wad lah...ianya melibatkan memandikan mayat dan mengapankan mayat..first time tu memang agak spooky jugak la...yelah sebelum masuk course ni mana la ada pengalaman mengurus mayat,tengok mayat pun tak pernah..huhuhu..dalam 2 tahun ni aku sudah mengendalikan beberapa L.O, syukur lah sepanjang tu tak da pulak pengalaman ngeri ke apa ka.... :)


ringkasnya di sini,aku sangat2 suka menjadi jururawat!! walaupun memang betul dikatakan bahawa kerja ni memang memenatkan,tapi ada satu kepuasan yang tersirat di balik semua ni..dan cita2 aku,insyaallah aku nak lanjutkan lagi dalam bidang ijazah dan nak ambik post basic(pengkhususan) dalam bidang apa aku belum sure lagi... ambik pengalaman dulu n pastu bila dah banyak pengalaman mungkin aku akan tahu kecenderungan aku ke arah bidang apa dalam kejururawatan :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...