sayang korang...

Friday, February 25, 2011

kehebatan solat di awal waktu untuk kesihatan




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?




Waktu Subuh





Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.


Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.


Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.


Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.


Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.


Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.


Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.


Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zohor





Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.


Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.


Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.


Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.


Rahsia warna oren ialah kreativiti.


Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).


Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib





Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.


Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.


Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.


Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak





Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.


Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.


Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.


Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.


Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Qiamullail


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.


Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.


Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.


Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.


Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.


Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.


Wallahualam...

Thursday, February 24, 2011

tips untuk panjang umur...tak tipu!!


Ini adalah salah satu tips panjang umur bagi umat islam. Ia adalah tips yang melibatkan konsep 'give and take' dimana anda perlu memberi atau membayar dahulu dan akan memperoleh keuntungannya kemudian.
Ia bukan skim cepat kaya atau ajaran sesat. Ia adalah aturan Allah untuk amalan mulia hambanya.
Setiap hari selepas solat, kita biasanya akan berdoa. Selalunya kita akan berdoa untuk diri dan keluarga. Antara doa yang popular ialah doa kesejahteraan dunia akhirat dan dijauhkan sanak-saudara dari azab kubur.
Ada doa yang mendoakan muslimin dan muslimat dijauhkan dari azab kubur. Sebenarnya inilah doa yang perlu anda laburkan untuk mendapat kembali pulangan pelaburan daripada ahli kubur selepas tempoh tertentu.
Kita tahu bahawa doa yang cepat sampai ialah doa dari anak kepada orang tua dan doa daripada darah daging sendiri.
Doa daripada orang luar kepada kita agak lambat sampai ke dalam 'registry'. Ini bukannya masalah 'software' atau 'server' di langit yang lembab, tetapi ini adalah 'system' yang telah ditetapkan oleh Allah.
Pertalian darah itu memberikan kelebihan kepada ketangkasan proses doa untuk sampai ke langit.
Demikianlah 'system' Allah supaya kita mendidik anak-anak dan ahli keluarga menjadi orang yang beriman kerana apabila mereka memahami agama, dan sentiasa mendoakan kita, maka itulah ubat kepada kita di alam barzakh nanti.
Maka amat rugi bagi mereka yang lalai mendekatkan keluarga dengan agama.
Ketika manusia disiksa di alam kubur, maka malaikat tiba-tiba berhenti daripada menjalankan tugasnya.
Maka terpinga-pinga dan terkulat-kulat muslimin dan muslimat yang sedang menjalani siksa kubur dan tertanya-tanya, "Wahai Malaikat, mengapa terberhenti siksaan tersebut?"
Lalu malaikat menjawab, "satu mesej baru sahaja tiba, bulan lepas si Abu ada mendoakan supaya siksaan kubur orang kampungnya dikurangkan. Jadi, tuhan sudah 'approve' dan kami beri kamu rehat 3 hari dari siksaan kubur. Selamat berehat".
 Demikianlah ilustrasi yang agaknya berlaku di alam kubur tetapi konsepnya adalah sebegitu.
Maka disini, muslimin dan muslimat yang disiksa itu terus memanjatkan doa supaya si Abu tadi dipanjangkan umur kalau boleh sehingga hari kiamat kerana doa-doanya akan meringankan siksa kubur muslimin dan muslimat yang beruntung memperoleh dari kerajinan ibadat dan doanya.
Demikianlah kita kalau rajin mendoakan ayah ibu dan sanak saudara yang telah pergi agar dijauhkan dari siksa kubur.
Ketahuilah mereka akan sentiasa mendoakan, semoga kita dipanjangkan umur agar kita terus menyumbang doa lagi kepada mereka dimasa mendatang.
Kemudian didoakan semoga murah rezeki supaya kita ada lebih masa untuk beribadat dan berdoa untuk mereka. Ketahuilah azab kubur itu amat berat.
Mereka akan sentiasa mahukan tiket pelepasan dari azab ini. Beruntung ibu dan ayah kepada anak yang soleh dan solehah. Beruntunglah mereka yang mendidik kelaurga dan keturunan ke jalan Allah.
 Inilah tips bagaimana kita inginkan orang mendoakan kita supaya panjang umur dan murah rezeki.
Bayangkan kalau setiap hari kita mendoakan seluruh muslimin dan muslimat semoga diringankan azab kubur. Sekiranya doa kita sampai, berjuta dan berbilion daripada mereka mendoakan kita.
Ini bukanlah kisah atau cereka. Ia juga bukan cerita atau jenaka. Ia adalah perkara di dalam kitab yang mana dihuraikan untuk kefahaman yang mudah.
Maka janganlah membuang masa dan jadikanlah ia amalan. Insyallah mendapat berkat dengan meyakini agama yang satu ini. Wallahua'lam..
* SUBHANALLAH....... *



_credit to http://www.iluvislam.com  _

Wednesday, February 23, 2011

menyendiri itu keseorangan ke???...





aikk cm sedih la pulak tajuk entri tu...wakakkaak tak sedih la...tak caya?? baca la entri ni smpai habis...


menyendiri tu keseorangan ke?? aku tak setuju ngan pendapat tu..... korg plak??? 




akhirnya ada jugak masa ak untuk bersendiri setelah agak "non-stop" get with somebody...dari dulu aku dah fikirkn dh,bila la lagi aku nak single ni...bosan la couple...asyik nak sakit hati je...makan hati apa lagi...kenyang sangat2 nak muntah2 pon ada...


so skarang my thought sangat2 lapang tanpa gangguan oleh perkara yang sangat2 berbekas d hati iaitu tntang masalah sintaaa....kadang2 agak rasa janggal jugak la sebab dah besa berteman kan...tapi syukur lah aku ok je...tak juga aku desperate tuk trima sapa2...aku teda plak terima dorang2 yang menunggu2 tu..dari tahun lalu lagi,uhuhu maaf ye...teda da hati aku tuk besyenta skarang ni.... :) hehehe...











so here goes some tips on how to handle urself when being single...hehehe aku ok je setakat ni tapi lau hilang pedoman rujuk je la kat sni..korang pun k!! :)





  • MAHA PENCIPTA


-hah! baru nak ingat Tuhan ke????? hahahahtak elok tau gtu,waktu susah baru nak ingat Tuhan? dosa tau..maksudnya di sini kita kena mohon petunjuk dariNya la,tntang apa yg telah brlaku,supaya kita bleh amik sbagai pngalaman & lbih bhati2 srta brtambah kuat untuk mghadapi dugaan hidup.. ingat lah..stiap apa yg datang dalam hdup kita adalah dugaanNya & djadikan kayu pgukur sjauh mana keimanan kita kpadanya...

  • BERCUTI (jalan2 cari pasal)

-hehehe p la jalan2 cari ktenangan,amik susana  dan pghidupan baru d tmpat orang supaya bla kmbali ke tmpat asal ada bnyak memori & pngalamn yg brfaedah tuk diri sndiri,samada untuk dmanfaatkn atau sbagai pmangkin smangat....but tuk student macam aku ni...ermmm,jalan2 d bndar je cukup ke arr?? teda duit loo mau jalan2..haha..

  • PERBAIKI DIRI


-renung2kan diri korg,mungkin dalam prhubungan lepas korg banyak membuat silap sehingga mungkin mnjadi salah 1 fktor pnyebab mgapa anda kini brsndiri..tapi harus diingatkan SILA JANGAN SALAHKAN DIRI KORG SENDIRI!!! INGAT! SEMUA TU ADALAH KETENTUANNYA!! kta harus redha mnerimanya..prbaiki mana kekurangan yg kita dapat kesan..
-satu lagi,jangan ubah diri korg kpada apa yang EX korg prnah katakan pada korg!! kiranya korg nak jadi dream girl/boy dia la ni...TIDAK SAMA SEKALI!!
-instead,ubah lah diri korg dari segi peribadi,krjaya & kwangan so masa depan korg akan lbih bling bling blink!!! (mna tau one day EX korg tu nmpak korg brjaya,heheh satisfaction tu... :p )

  • HANG OUT WITH UR BUDDIES

-dolu2...bf/gf je la manjang...kwan2 ntah ke mna...yela bukan apa,x cukup masa la tu...komitmen spenuhnya dberi pada sidia..msti la x ckup masa...yg kwan2 tu jn la pikir bukan2 plak..so dis is ur time to hang out with ur frens!! ambik pluang ni tuk redeem balek masa2 yg kmu pruntukkn tuk ex korg tu ngan buddies korg...for sure they all will treat u more better +++ than ur ex!! u dun belive me?? then try it! hehe..

  • BERSENAM

-yela dolu2 asal je ada masa trluang,dating,habiskn masa brsama...so dah single ni y dun u get back to the healthier life style?? macam point kat atas ckap,prbaiki diri kan!! so ni la masa tuk buang excess2 lemak,toxin kt badan tu...btmbah2 la korg punya kehandsoman/kebeautyan +++++++...hehe..mna tau kot2 joging kat taman accidentally got injured la plak,then come one gentleman giving u his favor...wow ble kuch2 hota hai dh pas tu...hahahaha juz kidding :p

  • JADI NAKAL

-dah single maa...x da sapa dah nak control2 u kan!! takda yg nak sibuk2 sms lagi nak gtau buat pa,d mna,dgan sapa..leceh la! so get back to the basic!! for boys,wat la apa prkara yg mmang kaum adam enjoys...watching football until dawn,playing games (PS2,PSP,n wut so ever la aku pon tak tau sangat natang tu)...n girls!! lets go 4 window shopping!! lets try all those beautiful n luxury dresses in the wardrobe,  then snapping some picture with the cheeky pose while wearing it...tapi tak beli pon baju tu...hahahha...BE A CHILD ONCE AGAIN~~!! SUCH A FUN!!

  • TOGETHER-GETHER WITH FAMILY

-dolu2 asyik2 ngan sidia je...kredit pon hbis tuk kol buah hati jer...lau nak kol family,siap2 mzkol je spaya kena kol balik ngn parents...huhaii!! so skrang ni,amik la masa tuk pbaiki hubungan korg...ingat lah,sayang cmna pun sidia (EX) kat korg...tak trlawan pon ngan kasihnya parents korg kat korg....jauh sangat bezanya..persis kayangan & underground..hahah pepatah moden tu...

  • LEARN NEW THING


-try to explore new interest...sbaek2nya perkara yang lebih mndamaikan jiwa & raga...cntohnya macam ermm...pnjat gunung (sbb ble tgok nature more closely), scuba diving (sbab ble tgok nature closely jugak)..adeshh expensive ni weii!! haha tak la..mgkin korang boleh mlukis,amik klas ballet or yoga, tanam bunga2...kan tenang..........oouuuummmmm~~

  • SUKARELA

-buat amal baik banyak2! bleh ushar kat mana2 prtbuhan amal,cntohnya kat pusat kurg upaya ke,orang2 tua ke...so korg boleh mmbantu mereka2 yang kurang brnasib baik ni...sdikit sbanyak ia boleh menyedarkan korg,btapa bruntungnya korg kan brbnding dorg!!stakat masalah korg,sangat2 kecil dbndingkan dgan masalah dorg ni... bila dh tolong orang,hati akan jadi lebih tenang dan lapang...trust me!! aku brani cakap sbab aku memang penah pegi sana,bukan on this purpose la tapi praktikal kolej..hehehe tpi mmang niat tu dah ada..mmang sangat2 rsa berbesar hati dapat mmbantu insan2 sprti mreka...

  • PANDANG KE DEPAN

- buang jauh2 sal prkara2 bsama sidia yg dolu2 tu...n focus on what is waiting in front of u..ur future life,n ur future hsband/wife...tak prlu fikir prkara yang dah berlalu...wat kusut fikiran je,ye tak!!

*so make any of ur dream jadi knyataan dgan usaha yang gigih & kyakinan yg jitu...skian lah dahulu my sahring with u all...sbarang komen ada lah dialu2kn..mna la tau korg tak brapa nak stuju ngan tips2 dari aku ni...sama2 tmbahkn ilmu k!! :) *










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...