sayang korang...

Saturday, February 12, 2011

hormati azan..





Lidah kelu di saat kematian..... Kematian pasti menjelma.... Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.



Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan... Banyak fadhilatnya...Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!!



Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

sememangnya perkara ni kita telah ketahuinya,tapi mengapa masih kita tidak mengamalkannya?? perkara ini dipandang enteng sahaja..ada juga yang berpendapat,tidak mengapa jika kita berkata-kata ketika azan dilaungkan asalkan sahaja kita berkata tentang perkara yang baik dan membawa manfaat...adakah urusan yang lebih baik dan bermanfaat selain dari mendengar seruan untuk menunaikan solat??? sesungguhnya alasan tersebut memang tidak masuk dek akal..

oleh itu,tepuk dada,tanyalah selera..ini semua adalah datang dari dalam jiwa kita sendiri...sebagai peringatan kepada diri sendiri yang khilaf dan juga kepada anda semua hamba Allah yang dirahmatiNya... ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...