sayang korang...

Showing posts with label world of Islam. Show all posts
Showing posts with label world of Islam. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

maher zain_for the rest of my life VID CLIP!!



seriously aku sebak waktu tengok vc yang amazing n menyentuh kalbu ni, ++ lyrics yg sangat strong yg menggambarkan seseorang yang sangat2 mencintai pasangannya.....

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together to Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart

Sunday, August 28, 2011

la tahzan~





aku sangat2 down sekarang...cuba mencari kekuatan diri..tapi aku rasa aku tak mampu..semua kekuatan tu 


dah pudar..mudah sangat mengalir air mata aku sekarang...satu demi satu perkara terjadi dalam hidup aku ni


yang memang dah merenggut ketabahan hati aku...dulu mungkin aku mampu berdiri dan tersenyum, tapi 


sekarang aku dah terduduk dan kepala tunduk memandang ke bumi, cuba menyembunyikan air mata yang


berderaian jatuh...ingin saja aku pergi dari semua ini..tak mampu tuk mengingati lagi apa yang berlaku..cuma 


mengundang perasaan sedih dan dendam..


tiba2 aku teringat tentang sebuah buku yang pernah aku baca, iaitu LA TAHZAN (JANGAN


 BERSEDIH)..aku pernah baca...kawan aku punya...dan aku masih dapat ingat lagi perasaan aku bila baca


 buku tu...sangat tenang jadinya...InsyaAllah lepas ni aku try cari buku tu n nak hayati ayat2 dalam tu...











*banyak gambar2, sebab tak mampu tuk berkata2 lagi*


Saturday, July 2, 2011

being single..

*aku suka sangat dengan artikel ni...bulat2 aku cedok dari i love islam punya blog..artikel ni dah lama dah, tapi bila terasa iman di dada tu goyah sikit, aku bukak la page ni, siap aku save dah page ni kat web browser aku.hihi.... enjoy k *
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

courtesy of http://www.iluvislam.com ....

Monday, May 23, 2011

entry geram/dendam

just nak sharing 1 artikel yg menarik berkaitan dendam untuk renungan bersama.



Kenapa kita dendam ? Apa impak dendam kepada orang yang berdendam dan orang yang didendami ? Dan yang paling penting, bagaimana nak menangani perasaan dendam. Sumber dari wikipedia menyatakan, dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama islam, dendam itu adalah berdosa.




Ada orang berdendam sebab luka di lubuk hatinya terlampau parah. Tapi mengikut kajian psikologi, orang yang marah itu, perasaan marahnya itu cuma 4 ½ minit. Jadi jika perasaan marah itu persis atau masih wujud dalam hati diri kita atau lebih panjang dari 4 ½ minit, 1 jam, 2 hari, 2 bulan, 2 tahun itu sudah masuk ke dalam era ataupun arena dendam. Ertinya, marah, sakit hati yang lama lebih dari 4 ½ minit ialah dendam. Ini merupakan definisi psikologi.


Diantara punca-punca dendam ialah luka dalam hati yang mendalam ataupun kita teraniaya. Kita merisik awal, orang tolak pinangan. Orang merisik kemudian, orang menerima pinangan. Macam mana tak dendam ye tak ? Ni contoh je. Tiada kena mengena dengan aku pun. Hehe. Kadang-kadang kita dendam sebab enggan memaafkan. Sebab apa ? hati masih kotor, jiwa masih gelap. Ni la punca-punca dendam. Dendam juga mencerminkan jiwa yang masih tidak tenteram. Banyak kekurangan yang tidak dapat di atasi dengan berbagai-bagai cara kecuali dendam dengan apa yang orang lakukan kepada kita.

Sebenarnya kalau kita berdendam, banyak isu yang akan terbengkalai. Masalah tidak dapat diselesaikan, jalan jadi buntu, keberkatan terhakis tak berkat hidup beb. Hati kotor sebab dendam, hidup tak berkat. Hidayah pun lari dan macam-macam masalah timbul satu per satu.

OK.

Sekarang aku akan bincangkan bagaimana menangani dendam.Pertama ialah murnikan hati, sucikan jiwa, sucikan hati dengan solat taubat banyak-banyak, minta maaf dengan orang dan juga redha. Kita pun kadang-kadang banyak buat silap kat orang, redhalah orang buat silap dekat kita. Kedua ialah cari emas dan cari hikmah dalam setiap kejadian. Kita teraniaya ada hikmahnya sebab bila tuhan nak beri kebaikan tuhan mulakan dengan musibah. Jadi jangan kecil hati. Mula berfikir apabila kita ditimpa musibah sebab ada emas dan kebaikan setiap kali musibah diturunkan kepada kita. Jika masalah kita tu berat sangat, minta bantuan dari pakar. Jumpa ulama’, jumpa kaunselor dan sebagainya. Berkawan dengan orang-orang positif, jangan pula berkawan dengan batu api. Nanti lagi dia api-apikan kita suruh buat perkara yang tidak sepatutnya. Dan yang paling penting ialah, slow talk dengan orang yang kita berdendam. Mungkin dari sini, semua dendam akan terhapus.




Wednesday, March 23, 2011

sikap wanita yang disenangi lelaki...


Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)





>ni ke??? hahahahah so outttt!!!

Thursday, March 17, 2011

dear my heart...

dear my heart..

apa khabar mu ketika ini?? 
adakah tenang??
atau gundah gulana..
mengenangkan dunia ini..
yang ada kalanya berlaku kasar padamu..
hinggakan kau menangis..
merintih bersendiri..
namun tiada siapa pun yang tahu
kecuali pemilikmu dan Maha Pencipta..

bagaimana aura mu ketika ini??
adakah dipengaruhi oleh aura yang membimbing..
ke jalan yang diredhaiNya??
ataupun hanyalah bayangan indah..
yang rupanya cuma mengelirukan mata mu...

dear my heart..
ketahuilah bahawa engkau adalah seketul daging..
yang cuma bergantung pada pemilikmu..
untuk mencorakkan irama yang berlagu di dalam mu..
jika irama tersebut adalah irama yang mendamaikan..
maka damai lah ia..
jika terpalit noda hitam pada mu..
segera lah kau mengarahkan pemilikmu agar lekas memohon ampun..
dan berdoa agar diberikan petujuk dan hidayah..
semoga noda tersebut tidak melekat..
dan berkembang di dalam dirimu..


jika dugaan datang pada pemilikmu..
maka kau haruslah kuat...
kau harus tenang..
menghadapi semua itu..
katakan lah pada pemilikmu..
semua itu adalah ujian dari yang Maha Kuasa..
kepadanya..
ingat lah..
ada kuasa yang lebih kuat di atas sana..
yang Maha Mengetahui akan segalanya..
sesungguhnya Dia Maha Memahami akan kemampuan hambanya..
dai ia memberi dugaan yang bersesuaian dengan kesanggupan dan kekuatan hambaNya..
maka hendaklah dirimu mengucapkan Syukur Ya Allah!
kerana pemilikku adalah orang yang terpilih untuk menerima dugaanmu..
ini adalah tanda bahawa Engkau memang menyayangi pemilikku..


dear my heart..
sentiasa lah kau menjadi kuat..
lebih telus untuk memilih hakikat atau batil..
menjadi lebih tenang menempuh hidup..
yang semestinya akan mengguris dirimu..
namun usah lekas melatah..
segeralah berserah kepadaNya..





Monday, March 14, 2011

kenapa perlu solat????

pada Maha Pencipta...

- tak malu ke, dah Allah beri sepenuhnya kenikmatan hidup, nikmat kesihatan, kehidupan dll, tapi tak mau btrima kaseh pla...tapi lau manusia yang tolong kita, baru sikit pun, dah dipuji melambung2, sampai snggup jadi krbau plak tu ikut je apa yg dsuruh...mgkin lau kena suruh makan taik pn nak jugak...ish2...

-tiap2 hari kta boleh bertemuNya, 5 kali plak tu shari!!! tak da masa yang khusus je tuk bertemuNya, bukan jugak seminggu sekali, or cuma perayaan je...Allah SWT sntiasa mengingati kita, tak rasa segan ke yang mnciptakan kita sentiasa ingat dengan kita tapi kita?? ntah papa je yang dingatkn...hmm~



tuk ibu bapa...

-ibu bapa kita siang malam doakan kesejahteraan kita, mnta pada Allah SWT supaya kta broleh kjayaan, hidup aman damai, dimurahkan rezeki..tapi kita ada nak doakan tuk mereka??? bayangkan lah dalam kita suma adik bradik tak ada sorg pun yang solat, sapa yang nak doakan parents kita?? sapa lagi yang kita harapkan tuk doakn dorg?? takkan lah datuk nenek kita lagi?? anak mnantu?? hmm iya la tu, lau husband/wife pon sama jugak 2x5 ngan prangan anak2 tak solat tak jugak...sian ngan mak bapak..dah dorang susah payah besarkan, didik kita dgan kasih sayang taoi kita plak tak mau buatkn the simple thing je tuk dorg, iaitu berdoa tuk dorang...weiii tak smpai seminit pon baca doa tuk ksejahteraan ibu bapa tau!!!


Monday, March 7, 2011

petua tuk murah rezeki..



Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:


Friday, February 25, 2011

kehebatan solat di awal waktu untuk kesihatan




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?




Waktu Subuh





Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.


Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.


Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.


Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.


Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.


Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.


Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.


Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zohor





Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.


Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.


Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.


Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.


Rahsia warna oren ialah kreativiti.


Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).


Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib





Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.


Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.


Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.


Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak





Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.


Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.


Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.


Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.


Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Qiamullail


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.


Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.


Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.


Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.


Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.


Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.


Wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...