1. Rata-rata kelajuan jatuhnya titisan air hujan adalah 8-10 km/jam.
2. Air jatuh ke bumi dengan kelajuan yang rendah kerana titis hujan memiliki bentuk khusus yang meningkatkan efek geseran atmosfera dan membantu hujan turun ke bumi dengan kelajuan yang lebih rendah. Andai kata bentuk titis hujan berbeza, atau andaikan atmosfera tidak memiliki sifat geseran (bayangkan jika hujan terjadi seperti gelembung air yang besar yang turun dari langit), bumi akan ditimpa kehancuran setiap kali turun hujan.
3. Ketinggian minimum awan hujan adalah 1.200 meter.
4. Efek yang ditimbulkan oleh satu titis air hujan yang jatuh dari ketinggian tersebut sama dengan benda seberat 1 kg yang jatuh dari ketinggian 15 cm.
5. Awan hujan juga dapat ditemui pada ketinggian 10.000 meter.
6. Dalam satu saat, kira-kira 16 juta tan air menguap dari bumi.
7. Jumlah ini sama dengan jumlah air yang turun ke bumi dalam satu saat. Dalam satu tahun, dianggarkan jumlah ini akan mencapai 505x1012 tan. Air terus berputar dalam kitaran yang seimbang berdasarkan “kuantiti”.
8. Butiran air hujan berubah bentuk sehingga beratus kali setiap saat.
9. Jika butiran air hujan itu dibekukan, ia akan membentuk keping kristal yg indah, tidak seperti air biasa yang di bekukan di freezer.
10. Setelah hujan turun, tanah, lalang, rerumput akan mengeluarkan bau wangi yg khas, sebatian ini dinamakan 'petrichor'.
11. Dan fakta terakhir yang paling misteri dan mengejutkan para ilmuan ialah hujan memiliki kemampuan untuk menghipnotis manusia untuk me-resonansi-kan ingatan masa lalu. Dan tanpa bukti yang ilmiah, para ilmuan hanya boleh menyimpulkan “Di dalam hujan, ada lagu yang hanya boleh didengar oleh mereka yang rindu”.
Dan pada titik ini, para ilmuan yakin bahawa manusia biasanya akan mendapat inspirasi..
No comments:
Post a Comment