sayang korang...

Thursday, March 17, 2011

dear my heart...

dear my heart..

apa khabar mu ketika ini?? 
adakah tenang??
atau gundah gulana..
mengenangkan dunia ini..
yang ada kalanya berlaku kasar padamu..
hinggakan kau menangis..
merintih bersendiri..
namun tiada siapa pun yang tahu
kecuali pemilikmu dan Maha Pencipta..

bagaimana aura mu ketika ini??
adakah dipengaruhi oleh aura yang membimbing..
ke jalan yang diredhaiNya??
ataupun hanyalah bayangan indah..
yang rupanya cuma mengelirukan mata mu...

dear my heart..
ketahuilah bahawa engkau adalah seketul daging..
yang cuma bergantung pada pemilikmu..
untuk mencorakkan irama yang berlagu di dalam mu..
jika irama tersebut adalah irama yang mendamaikan..
maka damai lah ia..
jika terpalit noda hitam pada mu..
segera lah kau mengarahkan pemilikmu agar lekas memohon ampun..
dan berdoa agar diberikan petujuk dan hidayah..
semoga noda tersebut tidak melekat..
dan berkembang di dalam dirimu..


jika dugaan datang pada pemilikmu..
maka kau haruslah kuat...
kau harus tenang..
menghadapi semua itu..
katakan lah pada pemilikmu..
semua itu adalah ujian dari yang Maha Kuasa..
kepadanya..
ingat lah..
ada kuasa yang lebih kuat di atas sana..
yang Maha Mengetahui akan segalanya..
sesungguhnya Dia Maha Memahami akan kemampuan hambanya..
dai ia memberi dugaan yang bersesuaian dengan kesanggupan dan kekuatan hambaNya..
maka hendaklah dirimu mengucapkan Syukur Ya Allah!
kerana pemilikku adalah orang yang terpilih untuk menerima dugaanmu..
ini adalah tanda bahawa Engkau memang menyayangi pemilikku..


dear my heart..
sentiasa lah kau menjadi kuat..
lebih telus untuk memilih hakikat atau batil..
menjadi lebih tenang menempuh hidup..
yang semestinya akan mengguris dirimu..
namun usah lekas melatah..
segeralah berserah kepadaNya..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...