sayang korang...

Tuesday, November 15, 2011

pengakhiran adalah satu permulaan..

kawan: kau mesti tolong aku kalu ni..tolong lah aku tak tahu nak minta tolong dengan sapa lagi..adoi aku pun malu jugak nak minta tolong kat kau ni, tapi ni je lah harapan terakhir aku..kau je yang aku boleh harap..


aku: kenapa lagi??


kawan: dia tu, tak sudah2 nak ganggu aku balik..


aku: abis tu kau layan?


kawan: aku yang sebenarnya memang betul2 tak mau layan dia lagi, tapi hmm...betul2 aku tak boleh survive lah tanpa dia..


aku: berapa lama dah kamu break tu??


kawan: lebih 6 bulan, but still aku tak boleh nak move on lagi, kenapa??


aku: macammana kehidupan kau sepanjang 6 bulan tu?? kau ada dapat sakit??


kawan: setakat ni aku tak pernah pula sakit, sakit ringan2 selesema camtu ada lah, kenapa tanya cam tu??


aku: sebab kau kata tadi kau tak boleh nak survive tanpa dia, tengok tu, kau langsung tak jatuh sakit, dan aku tengok kau pun masih dalam keadaan baik je semua zahir dan batin, apa lagi yang kau kata tak boleh ni?


kawan: aku masih rindukan dia, aku masih belum boleh move on lagi. kau boleh kata aku good in shape, tapi itu luaran je, dalaman ni kau tak tahu..


aku: sapa kata kau tak boleh move on?? mind and will power defeats anything! kau terlalu ikutkan sangat perasaan kau dengan dia, 6 bulan, lama dah tu. aku yakin yang diri kau sendiri yang masih lagi mengharap dia kembali pada kau, tak gitu? come on lah, jangan banyak fikir, buat beban diri kau je, hati ko sakit kau tanggung sendiri, yang dia tengah bahagia dengan orang baru di sana.


kawan: entah lah, dia istimewa sangat bagi aku, aku suka lelaki macam dia, ada wawasan, ada masa depan yang cerah..


aku: yelah sapa yang tak mau lelaki macam tu kan, even aku pun berangan2 nak lelaki macam tu, tapi bukan dia je lelaki yang ada ciri2 macamtu kat dunia ni..ok macam ni, kau amik paper ni, buat 2 column..


kawan: eh tuk apa??


aku: buat je, and column 1st ni kau tulis semua kebaikan dia yang kau ingat, 2nd column ni kau tulis semua keburukan dia..


******************10 minutes*************************

kawan: ok dah sudah!

aku: dah ke?? so kau baca balik apa yang kau tulis and ko bandingkan perasaan kau sebelum kau buat benda ni and selepas kau dah tulis suma ni..

kawan: kebaikan dia tak lah sebanyak mana macam aku tulis keburukan dia ni, tapi overall macam keburukan dia lebih menyerlah dengan aku..........(terdiam) ehhh macam mana aku boleh jatuh hati ngan lelaki cam ni hah?? dia buat aku suffer macam2, tapi aku still sanjung dia..

aku: tapi purpose aku suh kau buat benda ni bukan la nak kau membenci dia ke apa, aku cuma nak kurangkan sikit "kekaguman " kau dengan diri dia..selepas dia buat kau menangis, dan caci maki kau, curang dengan kau, tipu kau semua, tapi kau masih sayang dengan dia sampai sekarang..memang bagus kau seorang yang penyayang, tapi bukan pada orang ni ..please keep it for the right person, will ya honey?

kawan: yeah babe! entah rasa macam kurang sikit beban di dada sekarang ni tau..

aku: yelah apa2 pun kau kena minta pada Allah supaya kau lepas ni kalau nak bercinta lagi, biarlah dengan orang yang betul, jika takdir kau dengan orang yang salah lagi, please don't blame it to the rest of the world, itu salah satu cara Allah mengajar kita dalam kehidupan ni tau?? secara tak langsung..bersyukur sebab kita dipilih tuk merasa sakit dahulu..cuba bayangkan kalau orang yang hidupnya sentiasa di atas, senang lenang, tiba2 jatuh dan hidup dalam keadaan susah?? memang sengsara kan?? at least jika lepas ni kau jatuh lagi, kau dah pengalaman dan barrier yang kukuh supaya kau tak lah jatuh menjunam sangat..

p/s: hidup lebih tenang jika kita terima kenyataan..


*aku rasa lagu ni sesuai tuk babak ni, ye ke?*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...