sayang korang...

Tuesday, September 6, 2011

surat untuk awak

Assalammualaikum..


     Awak apa khabar?? saya harap awak sihat dan pasti tengah gembira dengan family, dan lebih2 lagi bila dah bersama dengan orang teristimewa yang awak sayang sangat2 tu. saya di sini Alhamdulillah sihat walafiat, walaupun ada selesema dan batuk sikit, sedikit pun tak menganggu saya untuk menaipkan surat ni untuk awak.dan jugak, meskipun saya memang sedia sedar bahawa awak tak kan dapat baca surat saya ni sebab awak sah-sah tak buka blog saya, sebab saya rasa awak tak pernah buka walaupun saya berkali-kali dah bagi link waktu chat d facebook dulu, apa tah lagi nak follow kan? hehe tapi tak apa lah saya tak paksa awak pun, saya cuma nak awak tahu je..

     awak.. saya nak minta maaf jika semasa kita berkenalan dan berkawan dalam masa yang singkat ni saya ada menyakiti hati awak..betul wak, saya minta maaf, saya tak pernah berniat tuk sakitkan hati awak, masakan saya mau sakitkan orang yang saya sayangi, umpama mengerat tangan sendiri sakitnya. awak ada cakap yang saya ni cepat marah, kita ni tak sehaluan, ada je perbuatan saya yang salah di mata awak, dan ada je perbuatan awak salah di mata saya, dan macam-macam lah yang bagi awak, memang awak tak suka. 


     awak, saya cepat marah kat awak bukan sebab saya tak boleh tolerate, bukan saya seorang demand, mahupun particular about everything, tapi awak salah tafsir tentang maksud yang saya sampaikan, awak terlalu sensitif dalam keegoaan awak, sampai apa yang saya cuba perbetulkan tentang sesuatu keadaan awak anggap saya sukar dikawal, suka memberontak..awak tahu tak saya dah cuba sedaya upaya, mengingati perbendaharaan bahasa melayu saya yang dah hampir 4 tahun saya tinggalkan sewaktu spm dulu, untuk mengatakan selembut mungkin apa yang saya rasakan, tapi awak tetap berburuk sangka terhadap saya. saya terkilan awak..demi menjaga hati awak, saya tak kisah untuk berkecil hati supaya awak gembira, meskipun saya dah tahu suatu hari nanti saya pasti akan menyesal dengan tindakan saya tu. 


     awak, awak tahu tak, bila saya melihat ke dalam diri awak, saya nampak bayangan diri saya pada diri awak tau! serius saya cakap perangai kita sebiji wak. sebab tu saya tambah berkenan kat awak, lagi pula awak pun tinggal tak jauh sangat dari kita, senang nak aturkan balik raya nanti, hehehe melalut pula saya ni awak.awak tegas orangnya, dan sangat manja, saya suka la semua tentang awak. sebelum balik cuti hari tu, saya ada beli sepasang dress tau! warna putih dengan corak bunga-bunga, saya dah plan nak pakai tu waktu jumpa awak nanti, kita kan dah janji nak jumpa bila saya balik nanti, saya nak nampak ayu dan cantik di mata awak tapi ada je halangan waktu cuti raya tu awak, kita tak dapat jumpa, tak pe lah saya anggap ada hikmah di sebalik semua tu awak..


     raya kedua tu wak ada bagitau, awak beraya g rumah ex awak. saya buat cool sedangkan dalam hati saya dah tak keruan. memang saya tau, dalam hati awak, awak sangat sayangkan ex awak.dari awal lagi, waktu kita mula berkawan semula saya dah agak, kenapa awak hadir semula dalam hidup saya, dan memohon maaf dengan saya, adalah kerana awak dah berpisah dengan dia. dan awak kerapkali mengatakan jangan berharap dengan awak, kerana awak masih sayangkan ex awak, saya faham itu wak, tapi apa saya boleh buat rasa sayang saya masih kuat terhadap awak! dan akhirnya tanggapan saya selama ini menjadi kenyataan, awak dah kembali dengan dia. saya hanya mampu mengucapkan tahniah wak, lagipula family awak dah dia memang dah kenal, maksudnya dah dapat approval la tu.awak berkali-kali minta maaf dengan saya, saya nak maafkan awak pasal apa?? awak tak ada salah pun, kita jadi mangsa keadaan je wak.


     tak mengapalah la awak, saya tetap hormati keputusan awak, saya pun faham perasaan awak, yelah bila dah sayangkan seseorang sangat2, tentu saja kita nak bersama2 dia kan. saya minta maaf, saya memang tak boleh beri awak kegembiraan macammana awak gembira oleh dia. kebahagiaan awak berada dengan dia. lagipun keluarga kamu dah rapat, senang dah cerita kamu nanti wak, hehe..

     saya tau saya cakap-cakap kosong je kat dalam blog ni awak, 100% saya yakin bahawa awak tak kan pernah terbaca isi hati saya ni..awak, saya akan pergi dari hidup awak, bukan bermaksud saya berdendam dengan awak, cuma beri lah saya ruang untuk menenangkan diri saya. saya tetap sayangkan awak, tak apalah jika kita tak dapat bersama pun, saya doakan awak sentiasa bahagia dari jauh..

jaga diri awak....

assalammualaikum warrahmatullah..








Saturday, September 3, 2011

kata-kata cinta...~~doyai buang tebiat!

kata orang..cinta yang  datang sendiri tu lambat, so cinta tu harus dicari..



cinta takkan datang tanpa dicari..

cinta yang dicari, tetap akan pergi..




mencuba sesuatu yang tak pernah kita miliki adalah suatu yang tak berguna..



setiap manusia ada jodohnya masing-masing..







apa yang kita mahu biasanya itulah yang kita takkan miliki..




kemaafan bukanlah pengubat hati yang luka sebenarnya, kerana hati yang terluka akan tetap terluka..




usah berikan harapan kepada seseorang jika kita  tiada niat untuk membahagiakannya..




terimalah orang yang mencintaimu, kerana dia pasti menerima mu dengan seadanya dan cinta padanya boleh dipupuk..berbanding orang yang kau cintai belum diketahui lagi hatinya padamu..







Friday, September 2, 2011

tukar ke tak tukar???

CELCOM??? -99%
DiGi- hmmmm tak tau laa
maxis-no way!!!
u mobile-eh ada ke jugak member2 aku guna no ni?
tune talk-lum dapat kenalan dari surabaya lagi sihhh...


huh aku mau tukar no fon aku!!! aku nak lari dari dorang suma...betul2 tak sanggup dah, zahir dan batin...aku nak fokus last sem aku skang ni..aku mau hidup tanpa dorang sum..huhuh...madu aku bagi, cuka dorang kasi!! haram jadah betol laaaa!! at least bila aku dah tukar dorang dah tak menganggu aku lagi..sebab bila aku dah tenang2 dah, tetiba dorang kacau aku balik, adeh serabut trussss!!! aku ni dah la jenis yang emo n cepat stress...zzZZzzzz

tapi yang agak membingungkan no aku ni....

1. since 2008 da aku guna no ni..(rasa sayang & cinta tu sangat2 mendalam dah)

2. urusan2 penting (BPL, JKNS, bank2 suma aku guna no ni...lau dah ada posting nanti januari depan camna dorang nak kontek aku?? hangus  aku beb..)

3. ni no U PAX!!!!!!!!! aku dapat ni waktu aku masih d matrik dulu..murah gila ni beb plan dia!! skarang ni, dah aku tak de sapa2 (mrs. lonely), tak da sapa2 g nak sms2 hardcore, call2 manja, 10rm top up tu aku ble gna sampai 2 minggu lebih tau..huhu..

4. member2 dari matrik memang ada no ni n bole jadi kami lost kontek nenti..huhuhuh..

kalau lah...KALAU LAH jadi aku nak tukar no ni, possibility tuk tukar kpada celcom tu memang high ranking la, sebabnya kawan2 aku suma 99% guna celcom! tapi orang2 umah aku, mama abah ngan adik bradik lain suma guna digi la plak! hadeiyaiii macamna ni arr...


kisah dongeng




Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


=(

Wednesday, August 31, 2011

aidilfitri 1432 H

wahh lama tak update blog...usesehhh sibuk la konon tu kn...hehe...pretty much jugak la...as the only daughter of da family, memang banyak jugak la mission perlu diaccomplished kan...brmula slepas pengumuman raya pada 30 ogos(yeay!) ~~actually memang sibuk dah d ruamh slepas je aku balik dari kolej (28 hb tu)

29.8.2011(malam raya)
-macam besa tiap tahun memang aku dikhaskan untuk membuat sejenis kuih tradisi d rumah aku, iaitu biskut cornflakes madu (nyum i like!)...memang dari sekolah dah sah2 aku la orang yang buat biskut tu...hehehe...agak meriah jugak sebab kazen2 aku dari tamparuli n lok kawi dah balik temankan aku waktu tu, tapi bukan tolong pun! tolong tengok je! huh! yelaaaa mentang2 la dorang suma laki, aku je bunga sana..yelaaa aku diam2 je buat keja sorang2....hehe mrajuk konon!

30.8.2011(1 syawal)
-bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, dan mandi(wehh cam lagu tadika ni!) pastu p solat raya dengan family d masjid yang terletak selang sebuah rumah je dari rumah aku..dekat je..memang tak menyebelahi la cuaca kemarin, sepanjang hari hujan..kejap renyai kejap lebat..pas dari masjid, aku ngan family n kazen2 aku g kubur arwah mamatua(nenek) aku...nenek sebelah mama aku...

balik dari kubur, ada sorang kazen aku ni, c aiman, umur baru 7 tahun, dia cakap ngan mama dia yang dia ada nampak arwah nenek aku waktu kami suma baca yassin..punya la aku terkejut! c aiman cakap lagi dia tengok kami semua, anak2 dia n cucu2 dia..n arwah tu berdiri di antara kami2 semua..waktu tu arwah pakai baju putih, n maca jugak pakai tudung kata c aiman..kami ingat dalam kapan, tapi bila kami tanya, tak da plak yang kena ikat atas kepala arwah tu c aiman tengok..sebak la aku rasa waktu tu, sebab sebelum balik tu aku ada cakap depan kubur nenek.."hai matua" sambil lambai ke arah kubur..pastu mama aku cakap"bagi salam la, assalammualaikum ya ahlil kubur" then aku pun ikut la...bla mau balik aku ada cakap lagi, "matua kami mau balik suda"....sebab aku tau roh tu memang akan mendengar apa yang kita katakan, tapi aku tak tau waktu tu roh dia berada dengan kami atau tak..aku percaya jugak la dengan apa yang c aiman cakap tu, sebab dia masih budak lagi, tak kan mau tipu..lagi pun apa yang dia cerita tak pernah berubah pun cerita tu..memang budak2 bleh tengok kan benda2 tu before akhil baligh..

then malam tu aku ngan family g beraya d umah nenek pija, n pak cik2 aku d sebelah kota klias...collecting uit raya! hahaha apa la niat tu! aku sebenarnya tak larat sangat..tapi aku fikir ni la waktunya tuk melawat n mengeratkan silaturrahim dengan dorang, yelah waktu raya je boleh jumpa kn..lagipun waktu susah saudara yang paling dekat dengan kita..

31.8.2011(independence day! n 2nd day of raya)
-hampir terlupa hari ni HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-54 tahun!! minta maaf, mood raya sangat ni! hehe...hari ni pulak p beraya d sipitang!g tempat nenek pitang (hehe sbab dia tggal d sipitang) ngan family n kazen...sempat g singgah d esplaned sipitang, kira water front gitu la...dekat laut sana...wahhh best jugak lama da tak g pantai n dapat g ngan sedara suma..tapi sedih la kazen2 aku suma da balik g KK petang tadi....kurang meriah dah aku rasa tau...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...