sayang korang...

Tuesday, April 1, 2014

K-Colly collagen review

aku ni bukan jugak seorang yg jenis suka jaga penampilan semua,jenis selamba je..tapi umur dah meningkat so i have to figure out something to be done for my self...hehe

sorry pic kabur,handphone murah je hehe..

sebelum ni aku pernah guna ada jugak la 1 produk yg hampir2 sama "kaedah" dengan produk ni..teeettttt...tapi kesan macam tak ketara walaupun dah 2 botol penggunaan..so i try this..

k colly ni consist of:

HYDROLIZED MARINE COLLAGEN , ASTAXANTHIN , COENZYME Q-10,
L-GLUTATHIONE BERRY PLUS , MULTIVITAMIN , PURE PEARL POWDER , HYALURONIC ACID , 12X STEM CELL (Apple, Cranberry, Pomegranate, Tomato, Rosselle, Cherry Acerolla, Snow Lotus, Raspberry, Peach, Lemon, Apricot) 

ok cakap banyak dah,overall memang mengandungi antioksida yang tinggi n aesome untuk kulit ^^

memang first try agak manis, sebab kita perlu KEMAM SERBUK DI DALAM MULUT je..but rasa masam2 manis make it taste better..ambik 2 KALI SEHARI, pada AWAL PAGI n SEBELUM PAGI..awal pagi tu before breakfast ye..

PERUBAHAN??!!

aku dah guna ni 2 minggu dah,seriously memang nampak hasilnya..kulit aku jenis kemerah2an tau, tapi lepas guna ni dah tak blushing macam dulu,and nampak lebih mulus gitu (chewah)..and bibir aku pun selalu sangat terkupas,tapi after consumption dah tak terkupas dah..maybe jugak sebab kena ambik lebih kurang 3 LITER AIR sehari kan..tapi rasanya kan itu lg bagus,boleh latih diri mnum banyak air..heeee..rambut aku pun banyak sgt gugur sebelum ni,dah macam orang kena chemo dah,tapi lpas pkai ni dah kurang jugak ggur, tak jugak penuh sangat penyapu dengan rambut bila sapu bilik ni..hehehe

tadi jumpa kawan yg dah sbulan tak jumpa,im not telling her anything tapi dia ada tegur yg aku dah nmpak cerah sikit and glowing la..malu pulak aku lol..and dia pun nak try jugak produk ni

so you all jujurnya aku share dengan korang supaya kamu boleh nikmati kesannya jugak..


korang boleh grab dengan aku jugak tau..

1jar rm125 sm/rm 130 ss

pm me here:
0168151541



Monday, December 9, 2013

Terfaktab: Jangan Jatuh Cinta #2.

Terfaktab: Jangan Jatuh Cinta #2.: Ni siri kedua sambungan akibat dari excessive orang yang datang dekat entri aku secara tiba-tiba di Jangan Jatuh Cinta di blog aku sendiri....


me likey

heyy hooo...

God its almost a year...hahaha quite busy (busy ke) keeping up my work,my health n paling la sengsara my soul...guess this is not my year..

heartbroken & me...berpisah tiada..di mana ada kekecewaan di situ ada aku..

what a pathetic life im going thru right now??

uiii aku lupa da password ni sbnarnya..

insyaallah less in facebook more in blog.. :)

since not many people knowing bout my site, except for my girlfriends back there at college..

ehh ada apps tuk blogging tak? nak aktif balik dlm blogging la hheehe...

Monday, March 11, 2013

burden of life

11.30 pagi
ahh masih awal lagi
pusing sebelah kiri 
capai hp d jari
berharap mesej dari dia mampu ceriakan hari
jam biasanya dia baru bangun dari mimpi
yang dahulunya aku marahi
kini aku sendiri yang alami

mesej dia berkali kali
masih tiada bunyi beep didengari
sah aku mula memaki
otakku bagai digerudi kemudian diludahi
hati ku kian bersepai
ahhh ini lah bahana cinta 3 segi yang kau mulai!


dulu dia bisa cipta bahagia dari rasa celaka
tapi kini dari syurga jadi neraka
bila semua penipuan terhidang depan mata
yang aku rasa seperti hendak pijak muka
bila aku jadi orang kedua
dan sepertinya tetap menjadi pilihan tak utama
hati mana tak meronta
cinta yang ada selama ini ada apa padanya?
kesetiaan aku sekadar hiburan baginya cuma
mungkin di belakang aku ditertawa dipersenda
kerana begitu alpa dengan keadaan semasa
yang setiap hari diperkata
bukan aku tidak peka
cuma aku bukan jenis cemburu buta
aku sedar dia belum milik aku yang sah untuk ditunta


hati perih
jiwa sedih
fikiran pedih
muka sememeh
badan letih

bukan sekali

sekadar jadi teman menemani
sebelum ini sudak berkali
dan bukan dia tak ketahui
banyak kali aku ingati
dia tetap cakap sumpah b tiada gf lain lagi
ahhhh ini rasa semua bikin aku mati

aku ni??

mungkin untuk geli-geli
untuk ketawa tak kering gusi
sebagai teman bila tak sefahaman dengan bini
dulu aku yakini dia pemilik hati
bertahan hati walau ada yang menghampiri
yang memang dasarnya suda lengkap tuk buat laki
namun aku tetap sokong tanpa berbelah bahagi
meski untung konon cuma kecil sekali
masih ada komitmen pada keluarga untuk diberi
walau hasilnya belum pernah aku rasai
aku rasa aku rugi
bertahan kononnya atas nama cinta sejati
aku tak tahu harus sampai bila begini

tolong Tuhan beri aku simpati!





Wednesday, July 4, 2012

kosong....

sudah puas bersedih..sudah puas menangis..terlalu banyak merintih..

dis 2010-now ( almost 1 yr and 7 mth)

dalam tempoh masa ni apa aku buat??


  • berusaha mengambil hati nya,melakukan apa2 saja untuknya
  • mencuba sedaya upaya memujuk hati untuk lebih terbuka n x kecewa
  • menggunakan akal fikiran sehabis ligat bagi mencari cara2 untuk menyenangkan sidia
  • menangis tiap kali malam menjelma..lokasi: atas bantal n tilam ku
  • menguatkan hati supaya kekal bertahan
  • meyakinkan hati dengan motto "setiap apa yang kita mahukan pasti akan dapat dengan usaha dan kesabaran"
  • membuang ego untuk mengalah dan menggembirakan dia
  • membiarkan hati sendiri berduka lara agar dia bahagia
  • menjadi pendengar setia tentang dia dan dirinya,juga menjadi penasihat
  • memerah otak untuk menulis sebuah ayat2 cinta
  • berjanji pada diri aku , setiap hari, untuk meninggalkan dirinya
  • terbayangkan dirinya akan setiap kisah cinta yang aku temui
  • mengharap bahawa dia akan sedar 1 hari nanti bahawa cinta ku betul2 ikhlas untuk nya....
  • DLL....

aku ingin sekali menyedarkan diri aku bahawa semua yang aku lakukan di atas (DLL juga) tiada maknanya..d hati nya cuma ada dia..pengakhirannya tetap sama..aku juga berpegang dengan ayat "setiap sangkaan/fikiran adalah doa" ..tapi dalam hal ni aku perlu berpegang dengan ayat "biarkan Tuhan yang lakukannya" .

sumpah aku sangat2 sayangkan dia.walaupun dia layan aku dengan teruk tapi aku x kisah tu semua. apa yang aku bayangkan bila aku teringat dia?? aku tak terbayang langsung pun kenangan kami bersama..apa yang aku bayangkan cuma diri nya...hanya dirinya..aku langsung tak minta dirinya untuk berubah.

macam2 cara aku dah cuba untuk aku hapuskan perasaan ini...ahhhhhhh aku sudah penat untuk menulis..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...